Monday, February 11, 2013

Ibrah darinya begitu Berharga



Tatkala hati lesu dengan apa yang kian berlaku, jari jemari ini pantas sekali menekan keyboard computer, meluahkan hasrat dihati yang terbuku dan tersimpan disanubari. Saat ini terlalu banyak benda yang aku fikirkan hingga membuatkan diriku tidak ketahuan, dimanakah aku, dimana langkahku harus ku labuhkan bagi membuka tirai hari mendatang, Ya ALLAH Ya Rahman tuntunilah langkah dan hari-hari ku, titipkanlah kasih sayangMu pada aku hambamu yang lemah ini.


Tatkala ini, entah bagaimana hatiku kian nekad ingin sekali ku coretkan kisah-kisah perjalanan hidupku sebagai salah seorang student master. Mungkin inilah perkongsian yang terbaik yang perlu aku lakukan untuk memberi sumbangan dalam perkembangan umat.  Aku seringkali teringat akan cita-cita penulis serta motivator idola ku, beliau ingin menjadi seorang penulis yang tajam penanya. Hatiku kian tertarik dengan cita-cita tersebut moga dapat menjadi satu panduan untuk diriku sendiri.

Saat ini terlampau banyak dugaan dan cabaran yang harus aku lalui demi mencapai cita-citaku sebagai seorang pendidik anak bangsa. Aku bukanlah seorang manusia yang hebat seperti orang lain. Aku hanyalah insan yang sangat lemah. Seringkali kehabisan semangat dan sentiasa memerlukan semangat daripada orang lain. Aku ini boleh dianalogikan seperti bateri handset yang sentiasa akan mengalami pegurangan tenaga dari masa ke semasa, mengharpakan bantuan charger untuk mengecaskan tenaga agar kembali padu.

Kadangkala aku kerap bertanya pada diri mengapa aku kerap mengeluh, sampailah pada suatu hari apabila ALLAH menemukan aku dengan seorang pelajar ijazah di universitiku yang hanya bergerak dengan hanya menggunakan kerusi roda untuk kemana-mana.  Matahari bersinar dengat teriknya, menunjukkan waktu kemuncak hari. Dari dalam kereta aku bersama kak hajar yang merupakan salah seorang penuntut phd di universitiku terlihat salah seorang pelajar melintas dihadapan kami dengan menggunakan kerusi roda dan setibanya pelajar tersebut di bahagian laluan orang kurang upaya, kerusi rodanya tersangkut dibahagian bahu laluan tersebut. Kak hajar tengok student tu kesiannya dia aku memulakan bicara, ak berlalu perlahan di belakang pelajar tersebut. Sangkaanku dia akan memeinta tolong dari kami, namun sangkaanku meleset sekali dia mencuba sedaya upaya untuk berdikari sendiri membetulkan whellchairnya. Ya ALLAH pada waktu itu terasa mahu menitis air mataku melihat seorang manusia yang kurang upaya tidak mengharpkan bantuan orang lain. Assalamualaikum, adik nak akak tolongke? Sapaku untuk menghulurkan pertolongan. Aku melihat kasutnya tercabut. Maaf kaki saye melnggar bahagian tepi ni, dan paddle letak kaki saya rosak. Aku cuba mengalihkan paddle kakinya sedaya mungkin. Boleh tak kita pergi ke tempat teduh pinta kak hajar lantas mengambil barang yang ku pegang. Kami berteduh di porch car. Sambil membetulkan wheelchairnya tergerak hatiku mahu bertnyakan namanya. Adik nama adik siapa? Tanyaku, masitah jawabnya lembut selembut wajahnya yang mulus. 

Dalam hatiku, berdoa ya ALLAH rahmatilah dia sayangilah dia tuntunilah langkahnya sesungguhnya engkalulah sebaik-baik pelindung. Selesai aku membetulkan paddle kakinya, tiba-tiba terdengar keluhan dari bibirnya Huh… keluhnya lembut…akak sebenarnya saya dah lewat ni, mahu pergi ke dewan makan perut saya sangat lapar.  Ya ALLAH sabarnya dirinya meniti hari-harinya yang kurasakan lebih mencabar dari hidupku tapi kenapa walau sedikit dugaan yang menimpa diriku. Aku merasakan diriku tidak berdaya lagi mengahdapi hari-hari mendatang.

No comments:

Post a Comment