Wednesday, August 14, 2013

~Maaf andai begitu…..kalian kekuatanku~

Ia seringkali aku dianggap paling bodoh, paling lembab dan tidak tahu apa2….kalian menganggap diri kalian berdarjat…hatta status kalian pada zahir dan lahirnya lebih rendah daripada ku….. seringkali dalam perbicaraan hatta apa sekalipun kata2 ku akan dipancung tanjam dan akhirnya tiada hujah mampu ku kukuhkan…ia kalian memang hebat….hebat dengan tipu helah dan putar belit yang melilit akal orang yang lemah…tapi sampai bila….jangan dirasakan ketinggian ilmu kalian…dengan pencapaian kalian….kalian hebat berdebat tanpa perasaan hormat, ia menjatuhkan ketinggian dan darjat ilmu kalian…….. kerna ALLAH maha tinggi mengatahui segalanya…maka takutlah kalian kepadanya….

Seringkali kalian menghukum aku….membuli….. dari yang tua smpai ke muda…..tidak langsung ada sedikit perasaan hormat….tapi aku amat bersyukur dikelilingi manusia seperti kalian…. Kalian membuatkan aku semakin kuat membentuk diriku lebih hebat…. Walaupun zahirnya akulah yang kalian hukum kata2ku tanpa fakta dan hujah yang kuat kerna hanya kerana aku ini lemah untuk berkata……..terima kasih kerna kalian membuatkan aku yang angkuh tunduk mersa kerdil sebagai hamba ALLAH  azzawajalla…. Terimakasih kerana kalian membuatkan aku ingin belajar lebih tinggi…terima kasih kerana kalian memberikan aku rasa perasaan sedih bila dilayan sebegiturupa kerana dengan izin dan peringatan aku tidak melakukan perkara yang sama apa yang kalian lakukan terhadap aku….kerana ak merasa sakitnya ia. TERIMA KASIH kerana membuatkan aku orang yang dahagakan ilmu

Terima kasih

Saturday, May 18, 2013

~ catatan hari ini~

hari ini tidak ade ape2 yang dapat aku lakukan oleh kerana kesibukan hari weekend melakukan kerja rumah dan juga laptop digunakan.... catatan hari ini

bangun agak lewat
tidak patuh dan tidak cukup
xmengulangkaji walaupun seketika
terlampau banyak berehat
tanpa sebab
berada dizon selesa
ia membuatkan ku alpa

walaupun agak penat
improvement penting untuk dibuat
demi bangun dan berdiri teguh
dalam rasa kesorangan dan kesunyian
sebab aku tetap aku
percayalah yang ada bersamamu sesungguhnya ALLAH RABBUL JALIL

maka hari ini apa yang perlu aku buat
jadi orang yang lebih positif tepati masa
cuba sedaya upaya untuk menulis dalam 4 jam ada setgah jam
ia bukan seng tapi jangan mgharapkan orang
kerna mereka dapat apa yang mereka mahu
maka ini masamu
aku ingin menjadi yang terindah
membina masa depanmu walaupun sendiri
kesorangan dimedan jihadi
demi kepentingan ummah
farisah ingatlah kamu mempunyai tanggungjawab

abang.... farah akan cuba sedaya upaya tepati janji ita
kesian abang menunggu lama
maaf farah dahulukan
abang sangat membantu,,,
kalau awak tahu betapa saya sanjung awak walaupun zahir awak hanya ada diploma
tapi awaklah professor saya
yang mempunyai dr. philosophy tentang diri saya
abang memang hebat





Wednesday, May 8, 2013

~Mungkin Itu Terbaik Untukku~

iya.....sememangnya, dan tepat sekali. Umur yang kian berjalan megikut detik-detik yang kian berlalu diiringi oleh rencana hidup yang telah diprogramkan oleh ALLAH. sebagai seorang muslim kita mestilah berpegang kepada Rukun Iman yang terakhir iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan ALLAH.

kadangkala melihat kehidupan orang lain dan perjalanna hidup kita... seringkali kita tidak bersyukur dan berterima kasih....apa yang sering kita lakukan ialah keluhan-keluhan yang tanpa henti seringkali meniti di bibir kita...apakah kita masih tidak bersyukur atas segala nikmat yang diberikan ALLAH?????????? tanya pada diri,,, selami hati ini,,,,, agar kita menyedari siapa diri ini..... yang seringkali mengeluh tanpa henti......tanpa menyedari betapa terlalu banyak nikmat yang ALLAH beri!!!!!

ia kadangkala memang betul...melihat lukisan kehidupan insan lain, kelihatan sangat indah, cantik,,,,,tetapi percayalah lukisan hidupmu adalah sangat dan terlampau indah buatmu.... kerna ALLAH maha mengetahui...
hidup meupkan satu perjuangan yang tidak akan berhenti seirama dengan denyutan nadi setiap detik bermakna buat diri hingga masa kita tiba suatu hari nanti..

~ingatlah yang memberi kita ujian adalah y menuliskan untuk kita nikmat~

Monday, February 11, 2013

Ibrah darinya begitu Berharga



Tatkala hati lesu dengan apa yang kian berlaku, jari jemari ini pantas sekali menekan keyboard computer, meluahkan hasrat dihati yang terbuku dan tersimpan disanubari. Saat ini terlalu banyak benda yang aku fikirkan hingga membuatkan diriku tidak ketahuan, dimanakah aku, dimana langkahku harus ku labuhkan bagi membuka tirai hari mendatang, Ya ALLAH Ya Rahman tuntunilah langkah dan hari-hari ku, titipkanlah kasih sayangMu pada aku hambamu yang lemah ini.


Tatkala ini, entah bagaimana hatiku kian nekad ingin sekali ku coretkan kisah-kisah perjalanan hidupku sebagai salah seorang student master. Mungkin inilah perkongsian yang terbaik yang perlu aku lakukan untuk memberi sumbangan dalam perkembangan umat.  Aku seringkali teringat akan cita-cita penulis serta motivator idola ku, beliau ingin menjadi seorang penulis yang tajam penanya. Hatiku kian tertarik dengan cita-cita tersebut moga dapat menjadi satu panduan untuk diriku sendiri.

Saat ini terlampau banyak dugaan dan cabaran yang harus aku lalui demi mencapai cita-citaku sebagai seorang pendidik anak bangsa. Aku bukanlah seorang manusia yang hebat seperti orang lain. Aku hanyalah insan yang sangat lemah. Seringkali kehabisan semangat dan sentiasa memerlukan semangat daripada orang lain. Aku ini boleh dianalogikan seperti bateri handset yang sentiasa akan mengalami pegurangan tenaga dari masa ke semasa, mengharpakan bantuan charger untuk mengecaskan tenaga agar kembali padu.

Kadangkala aku kerap bertanya pada diri mengapa aku kerap mengeluh, sampailah pada suatu hari apabila ALLAH menemukan aku dengan seorang pelajar ijazah di universitiku yang hanya bergerak dengan hanya menggunakan kerusi roda untuk kemana-mana.  Matahari bersinar dengat teriknya, menunjukkan waktu kemuncak hari. Dari dalam kereta aku bersama kak hajar yang merupakan salah seorang penuntut phd di universitiku terlihat salah seorang pelajar melintas dihadapan kami dengan menggunakan kerusi roda dan setibanya pelajar tersebut di bahagian laluan orang kurang upaya, kerusi rodanya tersangkut dibahagian bahu laluan tersebut. Kak hajar tengok student tu kesiannya dia aku memulakan bicara, ak berlalu perlahan di belakang pelajar tersebut. Sangkaanku dia akan memeinta tolong dari kami, namun sangkaanku meleset sekali dia mencuba sedaya upaya untuk berdikari sendiri membetulkan whellchairnya. Ya ALLAH pada waktu itu terasa mahu menitis air mataku melihat seorang manusia yang kurang upaya tidak mengharpkan bantuan orang lain. Assalamualaikum, adik nak akak tolongke? Sapaku untuk menghulurkan pertolongan. Aku melihat kasutnya tercabut. Maaf kaki saye melnggar bahagian tepi ni, dan paddle letak kaki saya rosak. Aku cuba mengalihkan paddle kakinya sedaya mungkin. Boleh tak kita pergi ke tempat teduh pinta kak hajar lantas mengambil barang yang ku pegang. Kami berteduh di porch car. Sambil membetulkan wheelchairnya tergerak hatiku mahu bertnyakan namanya. Adik nama adik siapa? Tanyaku, masitah jawabnya lembut selembut wajahnya yang mulus. 

Dalam hatiku, berdoa ya ALLAH rahmatilah dia sayangilah dia tuntunilah langkahnya sesungguhnya engkalulah sebaik-baik pelindung. Selesai aku membetulkan paddle kakinya, tiba-tiba terdengar keluhan dari bibirnya Huh… keluhnya lembut…akak sebenarnya saya dah lewat ni, mahu pergi ke dewan makan perut saya sangat lapar.  Ya ALLAH sabarnya dirinya meniti hari-harinya yang kurasakan lebih mencabar dari hidupku tapi kenapa walau sedikit dugaan yang menimpa diriku. Aku merasakan diriku tidak berdaya lagi mengahdapi hari-hari mendatang.